Pertubuhan Kebajikan Nisa Alkhair (PPM-016-10-25072024) telah diluluskan pendaftarannya oleh Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia pada 25 Julai 2024. Pertubuhan ini ditubuhkan bagi menyokong aktiviti kebajikan di kalangan wanita dan kanak-kanak muslim di seluruh negara. Dengan prinsip-prinsip Islam sebagai panduan, persatuan ini bertujuan untuk memperkasakan wanita muslim melalui inisiatif yang menggalakkan penyertaan aktif dalam kerja-kerja kebajikan, sosial dan pembangunan komuniti.
Persatuan ini berkomitmen untuk menyediakan pelbagai bentuk bantuan, sokongan moral dan peluang bagi anak-anak yatim dan ibu tunggal untuk mencapai potensi penuh mereka dengan berpandukan nilai-nilai kemanusiaan dan kasih sayang.
HUBUNGI KAMI
Pejabat Urusan:-
Pertubuhan Kebajikan Nisa Al-Khair 8-05-03, Jalan Medan Pusat Bandar 7, Seksyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor